Skip to main content

MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN

6.5.2026.%20Majlis%20Angkat%20Sumpah%20YB%20LA-intro

KOTA BHARU, 06 Mei 2026/18 Zulkaedah 1447H: Majlis angkat sumpah Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan yang baharu telah diadakan di Aras 1 Bangunan MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini telah disaksikan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin bin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir di majlis ini adalah YB. Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, barisan EXCO Kerajaan Negeri serta Pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Tuan Zawawi Bin Ghazali dilantik sebagai Pegawai Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan yang baharu berkuatkuasa pada 04 Mei 2026. Setinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Yang Berhormat.

6.5.2026.%20Majlis%20Angkat%20Sumpah%20YB%20LA

KELGOV PPST