Skip to main content

Lawatan Kerja YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan Ke Jajahan Tumpat

ptjtumpat2

 

ptjtumpat

ptjtumpat1

Tumpat, 07 Mei 2026 – YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mengadakan Lawatan Kerja rasmi ke Jajahan Tumpat bagi meninjau perkembangan pembangunan setempat.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat pembangunan oleh YBrs. Ketua Jajahan Tumpat , yang kemudiannya disusuli dengan penyampaian amanat oleh YBM Tengku Kaya Perkasa.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan negeri termasuk YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, serta YBhg. Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan ) dan YBhg. Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).

Selesai sesi taklimat, YBM Tengku Kaya Perkasa bersama ahli rombongan berangkat ke Taman Kemahkotaan Pata Ndo bagi menyempurnakan perasmian Menara Tinjau Bot Pata Ndo. Program diteruskan dengan aktiviti turun padang di mana YBM Tengku menaiki bot dari Jeti Pata Ndo untuk melawat kawasan Eco Pelancongan Tumpat, Pulau Suri, dan melihat sendiri kemajuan di Tapak Projek EFT. Lawatan kerja ini diakhiri dengan majlis jamuan makan tengah hari yang diadakan di Kediaman Rasmi YBrs. Ketua Jajahan Tumpat.

 

SEO-KELANTAN

splwpk-privacy-policy

KELGOV PPST
Arkib Berita